Friday, November 30, 2012

Rehatkan minda...pengajaran!

~~Pramugari Angkuh vs Ulama~~

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing ba
sin), seorang peramugari telah t
ernampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara tinggi dan dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu! Sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Sekadar renungan bersama.... Walaupun agak kasar tetapi ambil sedikit pengajaran darinya...
#renung-renungkan dan selamat beramal...

13 Alasan Wanita Tentang Aurat

Jom baca!! dialog-dialog yang sering diungkapkan oleh masyarakat kita...

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa juga. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

# marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan cuba mengubah gaya kita ke arah yang lebih baik..

Kasut tumit tinggi elok ke??


 Pemakaian kasut tumit tinggi bagaikan sudah menjadi lumrah bagi golongan wanita. Bahkan mereka menyatakan terasa diri lebih yakin apabila menyarung kasut bertumit tinggi ke tempat kerja atau sekadar ke kedai runcit berhampiran rumah. Jika tidak kasut setinggi 5" pun mereka pasti menyarung kasut bertumit 1" atau sekurang2nya 3".

Sedarkah kita sebenarnya pemakaian kasut tumit tinggi boleh menjejaskan kesihatan apatah lagi bagi wanita yg telah mencecah usia 40-an keatas.

Padah bagi tulang Osteoporosis.* individu yg sudah berusia 40-an berisiko tinggi menghadapi keadaan tulang rapuh atau Osteoporosis. Justeru hal ini boleh memberi kesan teruk jika seseorg itu tergelincir, kerana keberangkalian untuk mengalami keretakan tulang adalah tinggi.

* Tergelincir berlaku apabila seseorg gagal mengawal keseimbangan tubuh apabila berjalan kerana keadaan tumit dan bahagia depan kaki tidak stabil berada di tanah. Oleh tu elakkan berkasut tinggi supaya tidak mudah tergelincir sehingga akhirnya anda perlu bertongkat sepanjang masa.

Padah bagi kesihatan
* Pelbagai masaalah kesihatan lain boleh timbul apabila mnemakai kasut tumit tinggi selama bertahun-tahun. Hal ini menyebabkan cara jalan seseorang berubah kerana meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26% pada lutut. kasut bertumit 2.5" memberi 50% tekanan manakala kasut bertumit 3" memberi 76% tekanan pada kaki. Tulang juga boleh berubah kerana di paksa masuk ke daalam tumit tinggi yang ketat dan runcing pada bahagian depan.

* Kasut tumit tinggi direka untuk menolak bahagian dada ke depan dan punggung kebelakang. Hal ini membuatkan tulang punggung terkeluar daripada kedudukan asalnya. Pelbagai masaalah kesihatan akan timbul antaranya :-

1 . Tulang bahagian belakang kaki membesar dan menyakitkan

2 . Kencing tidak lawas dan sakit belakang kerana perubahan pinggul.

3 . Gangguan kitaran haid dan membawa masaalah kesuburan.

4 . Sakit belakang badan kerana beban tubuh disokong secara tidak seimbang.

5 . Otot betis kejang terutama wanita hamil kerana menampung berat badan berlebihan.


Wanita disarankan elakkan memakai kasut bertumit tinggi demi kesihatan tubuh dalam jangka masa panjang. Jika anda mula berkasut tinggi sejak usia 20-an, maka kesannya hanya anda lihat selepas 10 tahun kemudian.
Oleh yang demekian, ketika anda berada dalam usia 40-an, baru anda akan berasa kesannya. Kaki anda sakit2 dan seluruh tubuh anda akan mulai berasa kurang selesa. Wajarkah anda menanggung segala ini hanya kerana kasut yang anda pakai??  


#apa lagiii!! pergi la tukar...hehehe

Sifat Wanita Yang Dibenci Lelaki

1. Tidak Puas

Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.
Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.
Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.

2. Mata Duitan

Sangat menipu jika wanita sedikit pun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.
Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.

3. Suka Mengatur

Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan.
Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.

4. Cemburu Buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.
Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.
Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.

5. Emosional

Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.
Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.
Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

# jadi...kita sebagai perempuan haruslah menjaga kelakuan untuk kebahagian dunia dan akhirat... In Shaa Allah... ^_^
 
 

siapa kidal?? SAYA!!!

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah  kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu  otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan  dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di  sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan)  menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan  sains.


Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai  kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan  kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal  lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg.  menggunakan tangan kanan.

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan  mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang  mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan  didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke  kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya  terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang  disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu  ikut)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
 

Doa dan cara penyembuh rabun mata

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu kepada rakan-rakan semua. Kepada yang rabun mata, ini mungkin dapat membantu anda dalam mengurangkan kerabunan mata tersebut.. In Shaa Allah..


 Ini aturan yang disyorkan:

1. sediakan 21 lobak merah. Adalah sebaik-baiknya lobak merah yang kecil (baby carrot)

2. Basuh kesemua lobak tersebut dengan air.

3. Kemudian, bacekan ayat seperti di bawah pada lobak tersebut sebanyak 14 kali.




4. Apabila selesai, anda bolehlah makan lobak tersebut dengan cara makan begitu sahaja (makan mentah) tanpa memasak lobak tersebut. Makan pada setiap hari dan niat di dalam hati bahawa Allah sahaja yang boleh menyembuhkan.


#selamat mencuba..

Air Masak?? perlu ke?

perlu la...banyak kebaikan yang akan kita dapat bila diamalkan...nak tahu kebaikannya? Jadi bacalah entry saya sampai habis...hehehe...

 Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 

Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
jadi...apa tunggu lagi?? pergilah minum air banyak-banyak...hehehe...

haaa...Jerawat!!

mesti sesiapa sahaja yang mengalaminya akan berasa kurang berkeyakinan, malu, suka memencilkan diri dan sifat yang tidak sepatutnya ada pada diri seseorang itu. "awak tak faham!"  ek?. Tak faham? saya mengalaminya..jadi saya tahu perasaan semua..Jadi..saya ingin berkongsi serba sedikit rahsia berkaitan jerawat...ini mungkin membantu anda mengetahui dengan lebih lanjut tentangnya..

Kedudukan Jerawat

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih. Stress kumpulan ini biasanya panas baran.
Cara atasi : Amalkan tidur awal, bangun awal. Tidur mesti cukup & banyakkan minum air.

HIDUNG
Jerawat di batang hidung ni pulak mungkin tulang belakang kita bermasalah . Di hujung hidung kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh kaitakan dengan ovari @ sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas @ sistem endokrin (rembesan dalam) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru- paru mungkin tak normal

PADA BADAN ( BELAKANG & DEPAN )
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat ikut piramid makanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik

Rahsia Tahi Lalat

Tahi lalat di bibir 
Seorang yang banyak cakap 

Bibir atas kanan 
Banyak rezeki, pandai 

Bibir atas kiri 
Ramai kawan, baik hati 

Bibir bawah kanan 
Disegani orang, ramai yang suka 

Bibir bawah kiri 
Pandai bicara, tak mudah kalah 

Leher kanan 
Cerdas, jujur, berani menderita 

Leher kiri 
Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan 

Leher di tengah 
Tercapai cita-cita 

Biji mata kanan 
Suka serong dan pembohong 

Biji mata kiri 
Pembohong tetapi baik hati 

Hujung mata kanan 
Baik hati, sopan santun, cerdas 

Hujung mata kiri 
Baik budi, murah rezeki 

Betis kanan 
Suka berhibur, boros 

Betis kiri 
Rajin, tidak suka menganggur 

Lutut kanan 
Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha 

Lutut kiri 
Kurang kuat berusaha 

Kepala sebelah kanan 
Terkabul cita-cita 

Kepala sebelah kiri 
Sering menemui kesusahan 

Kepala sebelah belakang 
Jujur, sabar dan tekun 

Kening kanan 
Cerdas dan cekap 

Kening kiri 
Cerdas dan sopan santun 

Tengah kening 
Keras hati dan berani segala hal 

Hujung mulut kanan 
Kecil rezeki, tak mudah kalah 

Hujung mulut kiri 
Suka berpoya-poya 

Ketiak kanan 
Dapat menyimpan rahsia 

Ketiak kiri 
Jujur, banyak yang cinta 

Pergelangan kaki kanan 
Suka keluar rumah 

Pergelangan kaki kiri 
Kehendak kuat 

Batang hidung 
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya 

Pada hidung 
Banyak rezeki 

Dagu bawah kanan 
Jujur dan baik hati 

Dagu bawah kiri 
Bijaksana, dan berbudi luhur 

Tumit kanan 
Jujur dan banyak kawan 

Tumit kiri 
Baik budi 

Alis kanan 
Suka menolong dan baik hati 

Alis kiri 
Ramai yang suka 

Telapak kaki kanan 
Tak mudah mengeluh 

Jari kaki kanan 
Suka menolong 

Jari kaki kiri 
Berbudi, suka berbuat baik 

Bahu kanan 
Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan 

Bahu kiri 
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab 

Lengan kanan 
Setia dan taat pada atasan 

Lengan kiri 
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan 
Ramai teman 

Tengah-tengah pipi kanan 
Ramai yang suka 

Tengah-tengah pipi kiri 
Ramai teman 

Ubun-ubun
Kurang jujur 

Pusat 
Cerdas, tangkas, tekun 

Pusat bahagian kanan 
Sejahtera dalam hidup 

Pusat bahagian kiri 
Beroleh kemuliaan 

Pinggang kanan 
Sayang pada pasangan hidup 

Pinggang kiri 
Disayang pasangan hidup 

Telapak kaki kanan 
Tidak mudah mengeluh 

Telapak kaki kiri 
Baik budi pekertinya 

Siku tangan kanan 
Kuat ingin memiliki kejayaan 

Siku tangan kiri 
Baik hati, suka menolong 

Jari tangan kanan 
Serba beroleh keuntungan 

Jari tangan kiri 
Serba baik bekerja 

Jari telapak tangan kanan 
Banyak rezeki tetapi boros 

Jari telapak tangan kiri 
Banyak rezeki dan cermat 

Pergelangan tangan kanan 
Boros, suka bersukaria 

Pergelangan tangan kiri 
Dapat berpangkat 

Perut bawah kanan 
Banyak rezeki, suka memberi maaf 

Perut bawah kiri 
Baik hati, tenang hidupnya 

Sudut mata kanan dalam 
Disayang suami atau isteri 

Sudut mata kiri dalam 
Tidak mudah dilupakan pasangan 

Sudut mata kanan luar 
Baik budi, ramai yang cinta 

Pelipis kiri 
Murah rezeki, dapat jadi kaya 

Pelipis kanan 
Serba berhasil dalam usaha 

Kelopak mata kanan atas 
Baik hati, ramah, Berjaya 

Kelopak mata kiri atas 
Baik budi, ramai yang suka 

Kelopak mata kanan bawah 
Agak malas 

Kelopak mata kiri bawah 
kurang bijaksana 

Tahi lalat di dahi 
Ada kelebihan tersendiri 

Tahi lalat di bulu kening kiri 
Berseri, mempunyai daya penarik, sering kesusahan. 

Tahi lalat di bulu kening kanan 
                                        Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
 #selamat menilik!!

Tuesday, November 27, 2012

Malas..

M.A.L.AS…..satu perkataan yang sentiasa wujud dalam diri kita…disebabkan oleh sifat inilah kerja-kerja kita bertangguh dan seterusnya meningkatkan kuantiti bebanan..
kebiasaannya kita akan tersedar kesilapan kita itu apabila dah terjadi..ataupun ada yang sedar sebelum itu tetapi MALAS nak menyudahkan kerja tersebut... maka...jadi lah sebegini rupanya...
hehehe...harapnya kita tidak lah jadi sebegitu ya... sekian...