1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan
kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa
jua aspek.
Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan
oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar
untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.
Malah
mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa
yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki
kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan
berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.
2. Mata Duitan
Sangat menipu jika wanita sedikit pun tidak tertarik dengan wang. Ini
kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks
manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan
kemewahan.
Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan,
kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana
tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.
3. Suka Mengatur
Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince
Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang
untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman
lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan.
Mereka
tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang
terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih
gemar jika diri mereka diterima seadanya.
4. Cemburu Buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap
cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong
serta tidak dipercayai.
Ini kerana ramai wanita yang cemburu
berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan
tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai
kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.
Kepada wanita yang mempunyai
sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan
mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.
5. Emosional
Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati
lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering
emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.
Apabila ditegur,
mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang
diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa
untuk perkara yang tidak perlu.
Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.
# jadi...kita sebagai perempuan haruslah menjaga kelakuan untuk kebahagian dunia dan akhirat... In Shaa Allah... ^_^


No comments:
Post a Comment