Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di
sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang
iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah
kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang
di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan
kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik
dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri)
menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi
dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu
kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka
yg. menggunakan tangan kanan.
Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat
mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak
ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya
mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan
ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin
membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan
mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia
yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak
perlu ikut)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.


No comments:
Post a Comment